CROSSWORD QUIZZES
QUIZ 1 (TINGKATAN 4)
Menegak
1 Lapisan berlilin di permukaan epidermis tumbuhan.
2 Keadaan sel yang mempunyai bilangan kromosom yang terdiri daripada dua set, iaitu satu set daripada ibu dan satu set daripada bapa.
3 Sepasang kromosom homolog yang berada bersisian semasa profasa I dan metafasa I dalam meiosis.
4 Perpasangan kromosom homolog semasa fasa kedua peringkat profasa I.
5 Bahan yang meningkatkan kadar sesuatu tindak balas kimia.
6 Tisu vaskular yang terlibat dalam pengangkutan air dan mineral daripada akar ke kawasan lain dalam tumbuhan.
Melintang
7 Bahan bukan protein yang diperlukan dalam aktiviti sesetengah enzim. Contoh ialah ion natrium dan magnesium.
8 Keadaan di mana sel tumbuhan yang flasid akibat plasmolisis kembali segah apabila dimasukkan semula ke dalam larutan hipotonik.
9 Anak yang serupa dengan induk dari segi genetik dan dihasilkan melalui proses aseks.
10 Kehilangan air daripada permukaan tumbuhan secara penyejatan. Lebih 90% air hilang melalui stoma, sementara yang lain menyejat melalui liang epidermis.
11 Kelas makanan yang merangkumi lemak, minyak, fosfolipid, lilin, dan steroid.
12 Struktur yang terbentuk di kutub setiap sel haiwan yang sedang membahagi.
QUIZ 2 (TINGKATAN 5)
Menegak
1 Pengecutan dan pengenduran beritma yang berlaku di sepanjang tiub alimentari.
2 Struktur rerambut di permukaan sel.
3 Organisma yang memakan organisma lain atau jirim organik. Bahan organik yang tidak larut ini akan dicernakan, diserap, dan diasimilasikan.
4 Usus kecil.
5 Titik sentuhan antara kromatid bukan kembar pada kromosom homolog yang menunjukkan pindah silang pernah berlaku.
6 Proses pertukaran gas antara darah dengan udara di dalam peparu.
Melintang
7 Penyingkiran air daripada sel tumbuhan secara osmosis apabila sel tersebut dimasukkan ke dalam larutan hipertonik.
8 Cecair darah yang terpisah apabila darah membeku. Ia merupakan plasma darah tanpa fibrinogen.
9 Kapilari limfa di dalam vilus yang berfungsi menyerap titisan lemak dan vitamin larut lemak.
10 Proses yang mengawal atur faktor kimia dan fizikal di persekitaran dalam supaya sentiasa sesuai untuk kemandirian sel.
11 Sebatian yang terdiri daripada satu molekul gula (ribosa atau deoksiribosa), satu molekul bes bernitrogen, dan satu kumpulan fosfat.
12 Bahagian daun di antara epidermis atas dan epidermis bawah.
teacher,sorry for not coming to your class at thursday because i help other techear in pantun,what teacher teach us at that day?
ReplyDeleteAsyraf,
ReplyDeleteSorry you had to miss the class. I thought:
1)voluntary action
2)involuntary action
3)reflex action
4)reflex arc (pathway of nerve impulse in reflex action)